Selasa, 20 Disember 2016

Alternatif : LibreOffice sebagai pengganti Microsoft Office.

Berapa banyak yang anda perlu membayar untuk suite penuh aplikasi pemprosessan pejabat? Senario ini bagaikan mimpi ngeri bagi Microsoft adalah bahawa jawapan kepada ini. Lebih-lebih lagi pada masa kini di mana ramai orang akan membuat perkiraan dalam perbelanjaan. Tetapi tidak perlu risau kerana terdapat alternatif kepada Microsoft Office yang lebih dominan iaitu LibreOffice.

Paparan utama untuk LibreOffice 5.2
LibreOffice adalah percuma, merupakan projek "Open Source" suit pemprosessan pejabat yang termasuk pemprosessan perkataan, perisian spreadsheet dan persembahan. Ia diperolehi daripada pangkalan kod OpenOffice lama tetapi adalah lebih baik ke atasnya dan produk penggantinya. Dan, seperti yang anda harapkan daripada bahan sumber terbuka, ia boleh didapati di pelbagai platform: Windows, Linux, OS X, dan (sudah tentu) apa-apa yang anda boleh mendapatkan kod sumber untuk menyusun pada diri sendiri.

Perisian ini juga turut menyokong untuk fail format Microsoft Office, XML dan sebagainya.

    
 

Tidak salah mencuba yang baru di samping suit ini percuma.

Isnin, 8 Ogos 2016

Mac OS...Anda boleh cuba di komputer anda sendiri dengan cara-cara ini!!!


Mac OS adalah merupakan sistem pengoperasian keluaran Apple. Tetapi, untuk menggunakannya anda terpaksa membeli komputer keluaran Apple sahaja. Tutorial yang disediakan adalah untuk memasang sistem pengoperasian Mac OS ke dalam PC. Berbeza dengan tindakan memasang terus pada PC, langkah ini menggunakan sistem emulasi di mana sistem pengoperasian baru boleh dipasang pada sistem yang sedia ada.

"VirtualBox merupakan applikasi untuk membuat emulasi untuk sistem komputer yang tertentu. Ia akan menyediakan suasana berdasarkan spesifikasi komputer sebenar dan emulasi tersebut akan beroperasi bedasarkan spesifikasi tersebut."

Untuk menggunakan VirtualBox, anda kena pastikan PC anda berupaya untuk melaksanakan Virtual Machine. Keupayaan ini biasa dikenalpasti melalu fungsi VT/VT-x pada CPU. Fungsi ini agak terhad pada CPU Intel, selalunya kelas Pentium,Celeron dan Atom tidak memiliki fungsi ini berbanding CPU dari AMD.
Oleh kerana CPU yang digunakan adalah AMD, fungsi VT dilaksanakan oleh AMD-V

1. Muat turun imej (di sini) kepada Mac OS dan ekstrakkan fail yang dimuat turun ke dalam folder yang dikehendaki. Oleh kerana saya menggunakan perkakasan berasaskan AMD, saya akan menggunakan imej fail berasaskan AMD. Caranya agak berlainan daripada asas Intel. Mungkin saya sediakan cara-caranya di lain masa.

Contoh fail yang telah dimuat turun

Fail yang telah disatukan menggunakan WinRAR

2. Lancarkan VirtualBox(Versi 5.0.14 r105127 pada masa penulisan). Ikut seting-seting yang dipaparkan di dalam gambar-gambar berikut:

Beri nama kepada imej emulasi yang dibuat

Setkan nilai memori yang akan diberikan kepada emulasi
Pastikan opsyen pilih lokasi imej emulasi secara manual


Pilih lokasi imej emulasi dari langkah 1

3. Maka langkah-langkah tadi telah sempurna untuk mensetkan lokasi imej emulasi ini. Seterusnya, parameter-parameter tertentu perlu disetkan untuk persekitaran bagi emulasi tersebut. Ini lebih kepada keperluan minimum untuk emulasi ini berfungsi.

Seting pada persekitaran sistem (System settings)

Seting pada paparan

4. Untuk PC yang menggunakan CPU dari AMD, terdapat imej yang disediakan dan perlu dimulakan dari situ sebelum mula dari imej emulasi yang sepatutnya. Untuk mengkonfigurasi imej tersebut, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Tambah pemacu seperti yang ditunjukkan
Seterusnya pilih "Existing" kerana imej telah sedia digunakan
Pilih "Boatloader for AMD"
Pastikan konfigurasi imej seperti yang ditunjukkan.
5. Setelah selesai membuat konfigurasi, imej dimulakan dan taip "/amd" pada pilihan "boot"

Taip "/amd" pada pilihan "boot"

6. Imej anda telah siap dan boleh dimulakan.


7. Untuk menggunakan MacOS ini, ia perlu disetkan dahulu. Antara yang perlu disetkan adalah nama pengguna, waktu, garis masa dan sebagainya. Setelah selesai semua, anda boleh cuba menggunakannya !!!

Ahad, 24 Julai 2016

Pelancaran AMD Radeon RX di Malaysia (Polaris 10).

Pada 21/7/2016, secara rasminya AMD telah melancarkan barisan produk terbarunya dari jenis kad grafik dan juga pemprosesan APU di Malaysia. Majlis tersebut bermula pada pukul 7 malam dan di buat di restoran Hubba-Hubba KL Sentral. Kad grafik yang dilancarkan merupakan dari kelas pertengahan dan bawahan.






Kelas pertengahan adalah RX480 dan juga RX470. Kelas pertengahan ini menyasarkan kualiti permainan video dengan 1080p dan lancar. Manakala kelas bawahan, iaitu RX460 membawa kualiti permainan video yang lancar untuk permainan jenis MOBA (seperti CSGO, DOTA dan sebagainya). Tetapi terdapat kejutannya, iaitu kad grafik kelas bawahan dari AMD mampu untuk memacu VR pada keseluruhan.
RX 480
RX 470 yang memacu alat VR dari Oculus
Terdapat beberapa pengeluar yang akan mengeluarkan kad grafik berdasarkan Polaris 10 menggunakan rekabentuk yang berlainan dari model asas. Rekabentuk ini membolehkan kad grafik ditingkat-upaya dari seting asal pengeluar untuk prestasi.


Antara rekabentuk dari pengeluar yang berbeza

Terdapat juga perkakasan lain di tapak pelancaran, iaitu Razer Core yang merupakan perkakasan untuk kad grafik di luar komputer. Perkakasan ini sesuai untuk komputer riba atau pun komputer berskala kecil. Bekas ini akan menggunakan sambungan USB C (a.k.a. Thunderbolt).

Razer Core

Antara sesi VR di tapak pelancaran: