Ahad, 24 Julai 2016

Pelancaran AMD Radeon RX di Malaysia (Polaris 10).

Pada 21/7/2016, secara rasminya AMD telah melancarkan barisan produk terbarunya dari jenis kad grafik dan juga pemprosesan APU di Malaysia. Majlis tersebut bermula pada pukul 7 malam dan di buat di restoran Hubba-Hubba KL Sentral. Kad grafik yang dilancarkan merupakan dari kelas pertengahan dan bawahan.






Kelas pertengahan adalah RX480 dan juga RX470. Kelas pertengahan ini menyasarkan kualiti permainan video dengan 1080p dan lancar. Manakala kelas bawahan, iaitu RX460 membawa kualiti permainan video yang lancar untuk permainan jenis MOBA (seperti CSGO, DOTA dan sebagainya). Tetapi terdapat kejutannya, iaitu kad grafik kelas bawahan dari AMD mampu untuk memacu VR pada keseluruhan.
RX 480
RX 470 yang memacu alat VR dari Oculus
Terdapat beberapa pengeluar yang akan mengeluarkan kad grafik berdasarkan Polaris 10 menggunakan rekabentuk yang berlainan dari model asas. Rekabentuk ini membolehkan kad grafik ditingkat-upaya dari seting asal pengeluar untuk prestasi.


Antara rekabentuk dari pengeluar yang berbeza

Terdapat juga perkakasan lain di tapak pelancaran, iaitu Razer Core yang merupakan perkakasan untuk kad grafik di luar komputer. Perkakasan ini sesuai untuk komputer riba atau pun komputer berskala kecil. Bekas ini akan menggunakan sambungan USB C (a.k.a. Thunderbolt).

Razer Core

Antara sesi VR di tapak pelancaran:








Tiada ulasan:

Catat Ulasan