Selasa, 20 Oktober 2015

Tips untuk meningkatkan tahap sekuriti wifi.

Line internet tiba2 menjadi perlahan? tapi dirumah hanya ade beberapa alat yang menggunakan internet...

Jadi sudah pasti ada entiti yang memggunakan wifi anda.

Sekarang sudah sampai masa untuk menambah sekuriti pada wifi anda..




1. Gunakan enskripsi yang tertinggi untuk kata laluan anda.



2. Jangan broadcast nama SSID. Sekiranya nama SSID tidak dipancarkan, wifi anda tidak akan dipancarkan secara automatik. Kekurangannya, nama wifi anda perlu dimasukkan secara manual. Tetapi, nama wifi hanya perlu dimasukkan sekali sahaja.



3. Hanya benarkan alat mempunyai alamat MAC yang anda ketahui. Selain dari alamat MAC tersebut, akan dihalang dari mengakses internet anda.


Kini barulah perkataan "selamat" bermakna...


Selamat berinternet sahabat2 semua..

Khamis, 3 September 2015

Review Windows 10.

Setelah 3 minggu menggunakan Windows 10, boleh saya katakan banyak perubahan dilakukan dari Windows 8. Dan perubahan yang dilakukan adalah majoriti. Windows 10 ini ditawarkan secara percuma dari Microsoft (dan tentulah anda perlu kepada lesen original). Jadi, tidaklah anda perlu risau mengenai kos untuk menaik taraf. Jadi, kita lihat apa yang ditawarkan oleh naik taraf ini :

1. Dan tentulah Menu Start. Ciri yang dimansuhkan pada Windows 8. Setelah dikritik hebat oleh pengguna, Microsoft terpaksa mengembalikan ciri ini dan tentulah dengan pembaharuan. Menu Start untuk Windows 10 telah diintegrasikan dengan Live Tiles, ciri dari Windows 8.

Start Menu


2. Cortana, satu pembantu digital yang akan memudahkan anda untuk melakukan pelbagai tugas dengan hanya menggunakan arahan suara. Tugas-tugas seperti membuat nota, melancarkan aplikasi dan sebagainya akan menjadi lebih mudah.



3. Task View atau bahasa lebih mudahnya Virtual Desktop di mana desktop yang digunakan boleh disediakan dengan pelbagai paparan. Anda boleh menggunakan untuk mengasingkan pelbagai suasana desktop untuk kegunaan yang berbeza, seperti desktop kerja, filem, dsb.



4. Store Apps yang diperbaharui dan lebih berintegrasi lebih baik untuk desktop. Segala Apps boleh dimuat-turun secara terus tanpa perlu untuk mengubah kepada mod Tablet. Akaun yang digunakan untuk Store Apps tidak bersambung dengan akaun desktop. Ini lebih memudahkan untuk PC yang mempunyai pelbagai sambungan dan perkongsian.



Kekurangan? Tentulah ada. Setiap produk masih ada kekurangan termasuklah Windows 10. Kita lihat apa kekurangannya :

1. DVD codec. Betul ke, Microsoft? Jika OS ini tidak diberi secara percuma, kekurangan seperti ini mesti terasa. Sepatutnya produk seperti ini harus merangkumi pelbagai fungsi keluar sahaja dari kotak.


2. Ketiadaan Media Centre adalah berita buruk buat penggemar media. Dengan Media Centre, sesebuah PC boleh dijadikan sebagai alat pemain yang universal disamping boleh menawarkan ciri sebuah PC. Kini pengguna terpaksa menggunakan perisian dari pihak ketiga.



Khamis, 20 Ogos 2015

Cara - cara untuk menaik taraf windows 8.1 ke Windows 10.

Windows 10 telah dilancarkan pada (tarikh). Pengguna windows 7 dan 8.1 boleh untuk membuat tempahan untuk menaik taraf dari tarikh tersebut. Ada beberapa cara untuk menaik taraf, iaitu:

1. Naik taraf dari Windows Update.
- Cara ini lebih 'fool-proof'. Tekan 'Update', segala proses akan diuruskan oleh Windows.

2. Naik taraf menggunakan "Media Creation Tool".
- Cara ini mempunyai kelebihan iaitu imej ISO (imej CD) atau Pendrive boleh dibuat dan disimpan untuk kegunaan di masa akan datang.

Di sini, saya memilih untuk menggunakan cara kedua supaya saya menyimpan imej ISO.

1. Muat turun Media Creation Tool disini. Pilih versi yang sesuai dengan OS anda.


2. Lancar applikasi Media Creation Tool setelah selesai memasang. Pilih opsyen kedua.


3. Pilih versi berdasarkan lesen Windows 8 yang dipasang di PC anda.


4. Teruskan dan pilih media untuk imej yang akan dibentuk.


Setelah selesai imej dibentuk, imej tersebut boleh di klik dan akan dimuatkan secara automatik (Windows 8). Kemudian, langkah seterusnya ialah:

1. Lancarkan applikasi untuk Update dan pilih opsyen kedua.


2. Teruskan dan terima lesen dan perjanjian yang dipaparkan (Sepatutnya kene lah baca, tapi panjang tuuu..huhu)


3. Teruskan lagi sehingga dialog yang bertanyakan tambahan bahasa. Disini, ada opsyen ketika proses naiktaraf untuk mengekalkan data yang sedia ada dan seting PC. Jangan lupa ye..!! Anda lupa akan menyebabkan kehilangan data.


4. Teruskan, dan anda akan melihat status yang mengekalkan data dan seting ketika proses menaiktaraf.

5. Anda akan dikehendaki untuk 'restart' PC anda untuk menyiapkan proses naik taraf..

 

6. Setelah selesai menaiktaraf, anda mungkin perlu untuk naik taraf 'driver' untuk bahagian paparan anda (dalam kes saya, saya menggunakan AMD Radeon).