Isnin, 8 Ogos 2016

Mac OS...Anda boleh cuba di komputer anda sendiri dengan cara-cara ini!!!


Mac OS adalah merupakan sistem pengoperasian keluaran Apple. Tetapi, untuk menggunakannya anda terpaksa membeli komputer keluaran Apple sahaja. Tutorial yang disediakan adalah untuk memasang sistem pengoperasian Mac OS ke dalam PC. Berbeza dengan tindakan memasang terus pada PC, langkah ini menggunakan sistem emulasi di mana sistem pengoperasian baru boleh dipasang pada sistem yang sedia ada.

"VirtualBox merupakan applikasi untuk membuat emulasi untuk sistem komputer yang tertentu. Ia akan menyediakan suasana berdasarkan spesifikasi komputer sebenar dan emulasi tersebut akan beroperasi bedasarkan spesifikasi tersebut."

Untuk menggunakan VirtualBox, anda kena pastikan PC anda berupaya untuk melaksanakan Virtual Machine. Keupayaan ini biasa dikenalpasti melalu fungsi VT/VT-x pada CPU. Fungsi ini agak terhad pada CPU Intel, selalunya kelas Pentium,Celeron dan Atom tidak memiliki fungsi ini berbanding CPU dari AMD.
Oleh kerana CPU yang digunakan adalah AMD, fungsi VT dilaksanakan oleh AMD-V

1. Muat turun imej (di sini) kepada Mac OS dan ekstrakkan fail yang dimuat turun ke dalam folder yang dikehendaki. Oleh kerana saya menggunakan perkakasan berasaskan AMD, saya akan menggunakan imej fail berasaskan AMD. Caranya agak berlainan daripada asas Intel. Mungkin saya sediakan cara-caranya di lain masa.

Contoh fail yang telah dimuat turun

Fail yang telah disatukan menggunakan WinRAR

2. Lancarkan VirtualBox(Versi 5.0.14 r105127 pada masa penulisan). Ikut seting-seting yang dipaparkan di dalam gambar-gambar berikut:

Beri nama kepada imej emulasi yang dibuat

Setkan nilai memori yang akan diberikan kepada emulasi
Pastikan opsyen pilih lokasi imej emulasi secara manual


Pilih lokasi imej emulasi dari langkah 1

3. Maka langkah-langkah tadi telah sempurna untuk mensetkan lokasi imej emulasi ini. Seterusnya, parameter-parameter tertentu perlu disetkan untuk persekitaran bagi emulasi tersebut. Ini lebih kepada keperluan minimum untuk emulasi ini berfungsi.

Seting pada persekitaran sistem (System settings)

Seting pada paparan

4. Untuk PC yang menggunakan CPU dari AMD, terdapat imej yang disediakan dan perlu dimulakan dari situ sebelum mula dari imej emulasi yang sepatutnya. Untuk mengkonfigurasi imej tersebut, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Tambah pemacu seperti yang ditunjukkan
Seterusnya pilih "Existing" kerana imej telah sedia digunakan
Pilih "Boatloader for AMD"
Pastikan konfigurasi imej seperti yang ditunjukkan.
5. Setelah selesai membuat konfigurasi, imej dimulakan dan taip "/amd" pada pilihan "boot"

Taip "/amd" pada pilihan "boot"

6. Imej anda telah siap dan boleh dimulakan.


7. Untuk menggunakan MacOS ini, ia perlu disetkan dahulu. Antara yang perlu disetkan adalah nama pengguna, waktu, garis masa dan sebagainya. Setelah selesai semua, anda boleh cuba menggunakannya !!!