Khamis, 3 September 2015

Review Windows 10.

Setelah 3 minggu menggunakan Windows 10, boleh saya katakan banyak perubahan dilakukan dari Windows 8. Dan perubahan yang dilakukan adalah majoriti. Windows 10 ini ditawarkan secara percuma dari Microsoft (dan tentulah anda perlu kepada lesen original). Jadi, tidaklah anda perlu risau mengenai kos untuk menaik taraf. Jadi, kita lihat apa yang ditawarkan oleh naik taraf ini :

1. Dan tentulah Menu Start. Ciri yang dimansuhkan pada Windows 8. Setelah dikritik hebat oleh pengguna, Microsoft terpaksa mengembalikan ciri ini dan tentulah dengan pembaharuan. Menu Start untuk Windows 10 telah diintegrasikan dengan Live Tiles, ciri dari Windows 8.

Start Menu


2. Cortana, satu pembantu digital yang akan memudahkan anda untuk melakukan pelbagai tugas dengan hanya menggunakan arahan suara. Tugas-tugas seperti membuat nota, melancarkan aplikasi dan sebagainya akan menjadi lebih mudah.



3. Task View atau bahasa lebih mudahnya Virtual Desktop di mana desktop yang digunakan boleh disediakan dengan pelbagai paparan. Anda boleh menggunakan untuk mengasingkan pelbagai suasana desktop untuk kegunaan yang berbeza, seperti desktop kerja, filem, dsb.



4. Store Apps yang diperbaharui dan lebih berintegrasi lebih baik untuk desktop. Segala Apps boleh dimuat-turun secara terus tanpa perlu untuk mengubah kepada mod Tablet. Akaun yang digunakan untuk Store Apps tidak bersambung dengan akaun desktop. Ini lebih memudahkan untuk PC yang mempunyai pelbagai sambungan dan perkongsian.



Kekurangan? Tentulah ada. Setiap produk masih ada kekurangan termasuklah Windows 10. Kita lihat apa kekurangannya :

1. DVD codec. Betul ke, Microsoft? Jika OS ini tidak diberi secara percuma, kekurangan seperti ini mesti terasa. Sepatutnya produk seperti ini harus merangkumi pelbagai fungsi keluar sahaja dari kotak.


2. Ketiadaan Media Centre adalah berita buruk buat penggemar media. Dengan Media Centre, sesebuah PC boleh dijadikan sebagai alat pemain yang universal disamping boleh menawarkan ciri sebuah PC. Kini pengguna terpaksa menggunakan perisian dari pihak ketiga.